Hari Pertama Ramadan
• Friday, 24 April 2020 •
Hi Assalamualaikum semua. So malam ni adalah malam pertama kita berpuasa dan malam. kedua terawih. Apa perasaan korang bila menghadap bulan Ramadan pada masa PKP ni? Rasa risau, rasa rindu, rasa lonely? Sya harap korang semua berada dalam keadaan baik- baik sahaja. Fikir benda baik-baik, inshaallah hati akan lebih tenang. Sya pun bukan manusia yang sempurna, tapi sya cuba untuk jadi yang baik. Tadi korang semua makan apa? Kawan-kawan yang stay dekat dalam kolej, korang baik-baik je kan? Jaga diri korang ye. Lagi-lagi kawan-kawan yang stay dekat luar kawasan universiti, pastikan korang boleh dapat bantuan dari pihak universiti. Kalau tak cukup barang asas, korang boleh reach out felo-felo dan kawan-kawan yang lain. Walaupun sya dekat sini, stay dengan family, sya still rasa kesian dan tumpang sedih dengan kawan-kawan yang terpaksa stay di universiti dan rumah sewa. Mungkin ada diantara korang yang lebih selesa untuk stay di kolej berbanding di rumah atas faktor internet network lebih laju di kolej. Sya faham. Banyak pulak sya bebel benda melalut ni kan? hahahaha.. saje sya nak mulakan balik update blog ni untuk catat harian sya semasa bulan puasa. Jom kita tengok boleh ke tak sya berterusan update okay? ^^
0 Comments:
Post a Comment
Thank you sebab baca.