Pulut + Ikan pekasam + air asam
• Monday, 2 September 2013 •
selamat malam semua.. haa.., malam malam macam ni., NF nak tunjuk sikit gambar yang akan buat korang terliur .. tiba tiba tadi NF rasa nak makan nasi. so, NF ambil la seciput.. * tak elok bagi orang yang nak berdiet, sebab pengambilan waktu malam tak digalakkan selepas jam 9 malam. ^^
NF makan nasi kosong + sambal belacan + ikan masin. perghh.. tiba tiba teringat pulut+ikan pekasam+air asam
biasanya lauk ni dimakan oleh orang utara. tak tahu la kalau ada yang duk timur tu suka makan ke tak. sebab, dulu masa NF belajar dekat kedah, rumate NF, yang orang kedah je makan. yang duduk kelantan tu, tak makan. hahhaa..
tengok tu.. pulut dengan ikan pekasam.. cicah pulak dengan air asam
sedappp nyer... kalau yang tak suka makan ikan pekasam, boleh ganti dengan ikan masin.. huishh. telan air liur...
yang satu ni, pulut makan dengan durian. uishh. telan air liuq ceq... mak aihh..
boleh mimpi ni... haha..
assalamualaikum.
0 Comments:
Post a Comment
Thank you sebab baca.